Thursday, 2 June 2016

CONTOH TERJEMAHAN


آداب النوم

النوم ضروري للإنسلن لأنه يعيد اليه ما فقده من القوة اثناء العمل، وأحسن الأوقات للنوم الليل،  لأن فيه الهدوء والسكون واما  السهر قمض بالصحة ، لأنه يمنع الإنسان من النوم الكافي لراحته، ويسبب له عسر الهضم،وضعف الجسم والآم الرأس وأمراض العقل ، ونوم النهر لا يعوّض عن النوم الليل فعليك أن تنامى مبكرة، لتقومى مبكرة. ولا يجوز  أن تطول مدة النوم جدا ، لأن ذلك يورث الحمول والكسل ويمنع عن العمل، ويضرح الوقت سدى. وتكفى مدة النوم للشباب ثمان ساعات




 ADAB TIDUR

Tidur itu suatu kepentingan kepada manusia kerana tidur dapat mengembalikan tenaga yang hilang ketika bekerja. Sebaik-baik waktu tidur adalah pada waktu malam. hal ini kerana, ketenangan dan kedamaian ada pada waktu malam. Manakala berjaga malam akan memudaratkan kesihatan kerana berjaga malam itu menghalang seseorang mendapat tidur yang cukup. perkara itu juga menyebabkan kesukaran pencernaan, lemah tubuh badan, pening kepala dan gila. Tidur pada waktu siang tidak dapat menggantikan tidur pada waktu malam maka kamu hendaklah tidur awal untuk bangun awal. Seharusnya waktu tidur tidak boleh dipanjangkan kerana menyebabkan lesu, malas dan menghalang daripada buat pekerjaan serta mensia-siakan waktu. Waktu tidur yang cukup kepada seseorang remaja selama 8 jam.

Wednesday, 1 June 2016

ALAT BANTU TERJEMAHAN

Assalamualaikum semua..untuk post kali ni saya nak terangkan sedikit tentang alat bantu terjemahan. Saya yakin mesti semua orang tahu apa alat bantu terjemahan yang saya nak terangkan ni. Alat yang saya maksudkan adalah kamus. Kamus sangat penting dan perlu ada semasa kita nak menterjemah. Dari segi definisi, kamus adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna. Pendek kata kamus ni alat terjemahan yang lengkap untuk digunakan.
Kamus ni pula ada banyak jenis. Ada 3 jenis kamus iaitu kamus ekabahasa. kamus dwibahasa dan kamus multi bahasa. Setiap kamus ni ada perbezaannya.

  •  Kamus Ekabahasa:  iaitu menggunakan satu bahasa (kata-kata entri dan penjelasannya yang terdiri daripada bahasa yang sama). selain itu, penyusunannya dibuat berdasarkan pembuktian data korpos iaitu takrifan  makna yang dibuat berdasarkan makna yang diberi contoh ayat. 
  • Kamus Dwibahasa: kamus yang menggunakan dua bahasa iaitu kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain.                                                            

  • Kamus Multi bahasa: ia menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa seperti melayu-arab-inggeris.                                                            
Kalau kita tengok kamus ni ada banyak saiz. Ada kamus mini, kamus kecil, dan kamus besar.
  • kamus mini : dikenali kamus saku yang tebalnya kurang daripada 2cm. 
  • Kamus kecil : bersaiz kecil dan biasa ditemui serta mudah dibawa.
  • Kamus Besar: saiznya besar dan tidak sesuai dibawa kemana-mana. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu bahasa. 
Ada juga kamus yang dikenali sebagai kamus istimewa atau khusus seperti Kamus Istilah, Kamus Etimologi, Kamus Tersaurus, kamus Peribahasa Kamus Kata Nama Khas dan Kamus Terjemahan.

Thursday, 26 May 2016

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian!!! Okay kali ni saya nak kongsikan satu iklan yang saya dapat. Iklan ni dalam bahasa arab dan saya cuba untuk terjemahkan kepada bahasa melayu. Iklan ni adalah tugasan yang saya perlu buat dalam kelas tutorial. Semoga bermanfaat untuk semua.





IKLAN

Pembukaan yang menggembirakan kami

Dapur tetamu untuk makanan Oman

Semua makanan yang dicari ada di tempat kami

Kami menyediakan makanan Oman yang lengkap untuk anda

Makanan disediakan di bawah penyeliaan tukang masak Oman yang profesional

Dengan harga yang berpatutan

Kepuasan Anda Matlamat Kami

Untuk tempahan dan penerangan: 
92912727/ 99224822

cawangan kami:
Di kawasan perindustrian

Monday, 23 May 2016

Gejala Terjemahan Arab-Melayu

Faktor-faktor berlakunya gejala terjemahan


  • Memastikan hasil terjemahan menepati rumus-rumus tatabahasa sasaran

  • Memastikan hasil terjemahan menepati makna sebenar yang dikehendaki dalam bahasa sumber

  • Memilih variasi terjemahan yang paling tepat, menarik dan mudah difahami



Gejala-gejala terjemahan

1) Perubahan struktur ayat (transposisi)

Gejala ini berlaku pada terjemahan frasa وقع الرئس. Terjemahan asal frasa ini ialah "telah mendatangi Presiden".

Stuktur ayat ialah :


kata kerja + subjek iaitu dengan simbol VS (verb subject)

Namun, oleh kerana struktur tatabahasa bahasa Melayu tidak mempunyai kategori ayat kerjaan (jumlah fi'liyah). maka frasa tersebut perlu diterjemahkan dalam bentuk ayat namaan (jumlah ismiyyah) yang terdiri daripada subjek dan predikat iaitu :

Presiden telah mendatangi

Oleh itu struktur ayat VS dalam bahasaArab telah bertukar menjadi SV dalam bahasa Melayu.


Perubahan stuktur ayat juga disebut transposisi yang kerap berlaku dalam terjemahan.  Sebab utama gejala ini berlaku ialah :


  • Memastikan terjemahan yang dilakukan menepati struktur tatabahasa dan bahassa sasaran



  • Menjadikan ayat terjemahan lebih menarik dan mudah difahami oleh pembaca



  • Mempelbagaikan variasi terjemahan dan gaya bahasa atau dengan kata lain mengelak berlakunya streotaip dalam terjemahan


2) Pengguguran

Dalam terjemahan tadi, terdapat lima harf al-jarr yang tidak diterjemahkan iaitu :


  • Huruf Lam pada frasa للقيام yang bermaksud untuk menjalankan. 


  • Huruf Ba pada frasa بعمليات  yang bermaksud dengan operasi.


  • Huruf Ba' pada frasa بالرئس  yang bermaksud dengan presiden.


  • Huruf Ba' pada frasa بقتله  yang bermaksud  dengan membunuhnya.


  • Huruf 'An pada frasa عن النفس yang bermaksud  tentang diri.



Kelima-lima huruf jarr ini tidak boleh diterjemahkan kerana boleh mencacatkan ayat dalam bahasa Melayu.  Pengabaian dalam terjemahan inilah dinamakan sebagai PENGGUGURAN.  Gejala pengguguran dalam terjemahan biasanya dilakukan bertujuan auntuk


  • Mengelak daripada menterjemah sesuatu perkataan yang tidak membawa sebarang makna yang signifikan dengan bahasa sasaran.



  • Mengelak daripada berlakunya kecacatan terhadap bahasa sasaran yang menyebabkan terjemahan tersebut sukar difahami.



  • Mengelak berlakunya ketidakpatuhan terjemahan tatabahasa bahasa sasaran


3) Penambahan

Dalam terjemahan di atas,  terdapat dua frasa yang asalnya tidak ada dalam teks bahasa Arab, tetapi perlu dimasukkan ke dalam teks terjemahan bagi memastikan maksud teks bahasa sumber difahami dengan sebaiknya dalam bahasa sasaran.  Frasa yang dimaksudkan tersebut ialah :

a) Deklarasi tersebut juga......
b)  ....... iaitu sekiranya tindakaan tersebut ....

Frasa yang pertama di atas perlu dimasukkan ke dalam teks terjemahan kerana teks Bahasa Arab tersebut telah dipenggalkan kepada dua ayat.  Frasa ini dinamakan sebagai penanda leksikal, iaitu dengan cara mengulangi semula  deklarasi  yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Frasa yang kedua di atas pula perlu dimasukkan ke dalam teks terjemahan bagi menjelaskan maksud yang dikehendaki oleh perkataan تفويضا dalam bahasa Arab.  Hal ini kerana perkataan tersebut tidak mempunyai padanan yang tepat atau hampir tepat dalam bahasa Melayu.

Gejala penambahan dalam terjemahan biasanya dilakukan dengan tujuan yang berikut :


  • Memastikan hasil terjemahan mudah difahami dalam bahasa sasaran

  • Memastikan hasil terjemahan  mematuhi tatabahasa bahasa sasaran

  • Menjelaskan makna yang tersembunyi yang terdapat dalam teks bahasa sumber


4) Penggantian harfiyah

Penggantian harfiyah bermaksud menterjemah perkataan daalam bahasa teks sumber dalam bentuk yang asal tanpa mengubah kedudukan perkataan tersebut dalam teks bahasa sasaran, tetapi dengan mengambil kira tatabahasa bahasa sasaran.

jadual  di bawah menunujukkan contoh penggantian harfiyah dalam terjemahan


NO
BAHASA ARAB
BAHASA MELAYU
1.
الرئس الامريكي جورج بوش في أوائل العام الحالي
Presiden Ameriks, George Bush, pada awal tahun ini
2
أمراً رئاسيا
Deklarasi Presiden
3
وكالة الاستتخبات المركزية
Agensi Perisikan Pusat
4
عمليات سرية
Operasi sulit

Dalam terjemahan, penggantian harfiyah hanya boleh dilakukan jika mematuhi dua syarat yang berikut iaitu :


  • Mematuhi tatabahasa bahasa sasaran
  • Tidak mencacatkan hasil terjemahan sehingga sukar difahami

5) Modulasi

Modulasi bermaksud melakukan terjemahan dalam bentuk yang berlainan daripada makna asal sesuatu perkataan atau frasa tetapi masih menepati maksud yang dikehendaki.

Modulasi dalam tejemahan kebiasaannya adalah bagi tujuan yang beikut iaitu :


Memastikan hasil terjemahan menepati konteks penggunaan ayat

Menjadikan teks terjemahan lebih menarik dan mudah difahami.





Friday, 20 May 2016

menterjemah frasa dan peribahasa

Assalamualaikum semua..! minggu lepas dalam kuliah kami belaja tentang bagaimana nak menterjemah frasa dan peribahasa. Secara ringkasnya, apa yang saya dapat dalam pembelajaran minggu lepas, sebelum nak terjemah kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan frasa dan peribahasa.
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupu satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa juga mempunyai jenis-jenis yang tertentu dan membawa maksud tertentu.iaitu :
1.       frasa idiomatik :   أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح  membawa maksud جَرَى وهَرَبَ  (lari/melarikan diri)
2.       taukid : ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته (dekan fakulti sastera sendiri menyampaikan ucapannya)
3.       Tarkib wasfi : جاء الرجل الفاضل أبوه   (Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang)
4.       Tarkib idafi: وعي المسلمين (kesedaran umat Islam)
5.        badal wal mubdal munhu : سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة (Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura. )
6.       ‘ataf wa ma’tuf alayh : فرّ العدوّ حتى القائد (Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya)

Apa yang dapat kita lihat daripada contoh di atas, frasa idiomatik membawa maksud yang baru yang sangat berbeza dengan makna perkataan bila kita terjemah satu persatu. Jadi frasa-frasa idiomatik tidak boleh diterjemah kata demi kata kerana ia setiap frasa ini seperti ayat yang berdiri sendiri dan biasanya tidak boleh diubah atau ditukar maknanya.

Manakala peribahasa ialah kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu. Dalam Bahasa Melayu, peribahasa tebahagi kepada 4 jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah. Manakala Peribahasa arab terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1.       al-Mathal al-mujaz iaitu perinahasa ringkas
2.       al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.
3.       al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

Untuk menterjemah peribahasa ini mempunyai beberapa teknik yang perlu diikuti.

1.       Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya, جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.
2.       Menggunakan teknik pinjam terjemah. Contoknya, ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
3.       Teknik memperjelas makna. Contohnya, Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
4.       Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figurative digantikan denganperbahasa atau ungkapan yang figurative). Contohnya, هديّة تذكارية diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
5.       Seterusnya, untuk menghindarkan kesalahan semasa menterjemah, bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber, orang yang pernah tinggal dan bergaul denagan masyarakat sumber dan gunakan kamus untuk menterjemah.




Dekat bawah ni saya ada senaraikan beberapa contoh peribahasa arab beserta dengan penerangannya sekali. Semoga bermanfaat..sekian.



Bermusafir itu Azab

السفر (as-safar) : pengembaraan
قطعة (qit'ah) : sepotong
من (min) : daripada
العذاب al-azab) : penyeksaan

PENERANGAN

Banyak dugaan ketiga belayar dan mengembara. Zaman dulu, mereka mengembara menunggang unta. Perjalanan sampai berbulan-bulan. Berjauhan daripada orang tersayang dan tanahair cukup menyeksakan. Ditambah lagi dengan layanan di negara orang dan banyak lagi kesusahan. Jadi, mengembara adalah sebahagian daripada azab yang menyeksakan.



Jadi Buah Mulut


سارت (sarat) : berjalan
به (bi-hi) : dengannya
الركبان (ar-rukban) : para penunggang

PENERANGAN

Biasanya, para musafir arab yang berjalan di padang pasir, akan berbual sesama mereka sambil merentasi perjalan yang jauh. Ini bagi menghilangkan bosan dan menghilangkan penat. Jika sesuatu perkara itu sering menjadi bahan bualan mereka, bermakna perkara tersebut akan tersebar dan terkenal. Kerana mereka juga akan membawa perkara itu ke tempat jauh yang mereka tuju. Jadi perkara yang menjadi 'buah mulut' seperti ini akan sebut:
سارت به الركبان



Indah Khabar Dari Rupa


تسمع (tasma') : awak dengar
ب (bi) : dengan / pasal
المعيدي (al-Muaidiy) : Al-Muaidiy
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : daripada
أن (an) : bahawa
تراه (tara-hu): awak melihatnya

PENERANGAN

Al-Muaidiy adalah seorang terkenal. Namanya sebut oleh semua orang kerana kehebatannya. Tertarik dengan apa yang didengar tentang al-Muaidiy ini, seorang lelaki mengembara bagi menemui al-Muaidiy. Apabila bertemu dengan al-Muaidiy, baru dia tahu yang sebenarnya al-Muaidiy itu tidaklah sehebat apa yang didengar. Peribahasa ini sama dengan perbahasa Melayu : indah khabar dari rupa.


Tidak Kena Mengena


لا (la) : tiada
ناقة (naqata) : unta betina
ولا (wa-la) : dan tiada
جمل (jamal) : unta jantan

PENERANGAN
Unta bagi orang Arab adalah harta yang berfaedah. Di samping menjadi kenderaan padang pasir, ia juga boleh dimakan dagingnya dan dimunim susuya. Jadi, jika satu-satu urusan atau perkara itu tidak berkenaan dan tiada kepentingan bagi mereka, mereka kata لا ناقة لي فيها وجمل "tiada unta betina bagiku dalam perkara itu dan tidak juga unta jantan".


Sahabat Sejati


الصديق (ash-shodiq) : sahabat
وقت (waqta) : masa
الضيق
(adh-dhiq) : kesempitan

PENERANGAN

Waktu seseorang kesukaran, sahabat yang sejati akan memunculkan dirinya bagi membantu sahabatnya. Sahabat yang gagal memberi bantuan ketika itu tidak dianggap sahabat sejati.



 Anak Bapak

من (man) : siapa
أشبه (ashbaha) : menyerupaiأباه (aba-hu) : bapanya
فما (fa-ma) : maka tidak
ظلم (zolam) : dia zalim

PENERANGAN

Kalau anda menemui seorang budak suka memukul orang, dan anda tahu bapanya juga kaki pukul, jadi budak itu tidak zalim. Yang zalimnya adalah bapanya yang mewariskan perangai itu kepada anaknya. Orang Melayu kata, "anak borek, bapa rentik". Orang Arab kata, "anak berperangai bapanya tidak zalim, yang zalim ialah bapanya" !


Mungkin Dia ada Alasannya

لعل (la'alla) : mungkin
له (lahu) : dia ada
عذراً (uzran) : keuzuran / alasan
و (wa) : sedang
أنت (anta) : awak
تلوم (talumu) : mencelanya

PENERANGAN
Unggapan ini kerap diucapkan oleh orang Arab bagi memaafkan perbuatan seseorang. Ia adalah ungkapan yang berbentuk sangkaan baik. Contohnya, sahabat anda tidak melakukan sesuatu yang dia janji membuatnya. Untuk menyenangkan hati dan tidak menimbulkan perbalahan, anggaplah dia mungkin keuzuran seperti sakit atau sebagainya.

Sabar adalah kuncinya

الصبر (ash-shobru) : sabar
مفتاح (miftah) : anak kunci
الفرج (al-faraj) : pelepasan

PENERANGAN

الفرج (al-faraj) bermakna "terlepas daripada kepayahan". Mungkin anda terkeliru dengan perkataan 'faraj' yang ada dalam bahasa Melayu. Yang itu dalam bahasa Arab disebut الفرْج
(al-farj). Jadi, bila menghadapi kesempitan dan kesukaran, sabar adalah kunci untuk mencari pintu keluar daripadanya.