Monday, 23 May 2016

Gejala Terjemahan Arab-Melayu

Faktor-faktor berlakunya gejala terjemahan


  • Memastikan hasil terjemahan menepati rumus-rumus tatabahasa sasaran

  • Memastikan hasil terjemahan menepati makna sebenar yang dikehendaki dalam bahasa sumber

  • Memilih variasi terjemahan yang paling tepat, menarik dan mudah difahami



Gejala-gejala terjemahan

1) Perubahan struktur ayat (transposisi)

Gejala ini berlaku pada terjemahan frasa وقع الرئس. Terjemahan asal frasa ini ialah "telah mendatangi Presiden".

Stuktur ayat ialah :


kata kerja + subjek iaitu dengan simbol VS (verb subject)

Namun, oleh kerana struktur tatabahasa bahasa Melayu tidak mempunyai kategori ayat kerjaan (jumlah fi'liyah). maka frasa tersebut perlu diterjemahkan dalam bentuk ayat namaan (jumlah ismiyyah) yang terdiri daripada subjek dan predikat iaitu :

Presiden telah mendatangi

Oleh itu struktur ayat VS dalam bahasaArab telah bertukar menjadi SV dalam bahasa Melayu.


Perubahan stuktur ayat juga disebut transposisi yang kerap berlaku dalam terjemahan.  Sebab utama gejala ini berlaku ialah :


  • Memastikan terjemahan yang dilakukan menepati struktur tatabahasa dan bahassa sasaran



  • Menjadikan ayat terjemahan lebih menarik dan mudah difahami oleh pembaca



  • Mempelbagaikan variasi terjemahan dan gaya bahasa atau dengan kata lain mengelak berlakunya streotaip dalam terjemahan


2) Pengguguran

Dalam terjemahan tadi, terdapat lima harf al-jarr yang tidak diterjemahkan iaitu :


  • Huruf Lam pada frasa للقيام yang bermaksud untuk menjalankan. 


  • Huruf Ba pada frasa بعمليات  yang bermaksud dengan operasi.


  • Huruf Ba' pada frasa بالرئس  yang bermaksud dengan presiden.


  • Huruf Ba' pada frasa بقتله  yang bermaksud  dengan membunuhnya.


  • Huruf 'An pada frasa عن النفس yang bermaksud  tentang diri.



Kelima-lima huruf jarr ini tidak boleh diterjemahkan kerana boleh mencacatkan ayat dalam bahasa Melayu.  Pengabaian dalam terjemahan inilah dinamakan sebagai PENGGUGURAN.  Gejala pengguguran dalam terjemahan biasanya dilakukan bertujuan auntuk


  • Mengelak daripada menterjemah sesuatu perkataan yang tidak membawa sebarang makna yang signifikan dengan bahasa sasaran.



  • Mengelak daripada berlakunya kecacatan terhadap bahasa sasaran yang menyebabkan terjemahan tersebut sukar difahami.



  • Mengelak berlakunya ketidakpatuhan terjemahan tatabahasa bahasa sasaran


3) Penambahan

Dalam terjemahan di atas,  terdapat dua frasa yang asalnya tidak ada dalam teks bahasa Arab, tetapi perlu dimasukkan ke dalam teks terjemahan bagi memastikan maksud teks bahasa sumber difahami dengan sebaiknya dalam bahasa sasaran.  Frasa yang dimaksudkan tersebut ialah :

a) Deklarasi tersebut juga......
b)  ....... iaitu sekiranya tindakaan tersebut ....

Frasa yang pertama di atas perlu dimasukkan ke dalam teks terjemahan kerana teks Bahasa Arab tersebut telah dipenggalkan kepada dua ayat.  Frasa ini dinamakan sebagai penanda leksikal, iaitu dengan cara mengulangi semula  deklarasi  yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Frasa yang kedua di atas pula perlu dimasukkan ke dalam teks terjemahan bagi menjelaskan maksud yang dikehendaki oleh perkataan تفويضا dalam bahasa Arab.  Hal ini kerana perkataan tersebut tidak mempunyai padanan yang tepat atau hampir tepat dalam bahasa Melayu.

Gejala penambahan dalam terjemahan biasanya dilakukan dengan tujuan yang berikut :


  • Memastikan hasil terjemahan mudah difahami dalam bahasa sasaran

  • Memastikan hasil terjemahan  mematuhi tatabahasa bahasa sasaran

  • Menjelaskan makna yang tersembunyi yang terdapat dalam teks bahasa sumber


4) Penggantian harfiyah

Penggantian harfiyah bermaksud menterjemah perkataan daalam bahasa teks sumber dalam bentuk yang asal tanpa mengubah kedudukan perkataan tersebut dalam teks bahasa sasaran, tetapi dengan mengambil kira tatabahasa bahasa sasaran.

jadual  di bawah menunujukkan contoh penggantian harfiyah dalam terjemahan


NO
BAHASA ARAB
BAHASA MELAYU
1.
الرئس الامريكي جورج بوش في أوائل العام الحالي
Presiden Ameriks, George Bush, pada awal tahun ini
2
أمراً رئاسيا
Deklarasi Presiden
3
وكالة الاستتخبات المركزية
Agensi Perisikan Pusat
4
عمليات سرية
Operasi sulit

Dalam terjemahan, penggantian harfiyah hanya boleh dilakukan jika mematuhi dua syarat yang berikut iaitu :


  • Mematuhi tatabahasa bahasa sasaran
  • Tidak mencacatkan hasil terjemahan sehingga sukar difahami

5) Modulasi

Modulasi bermaksud melakukan terjemahan dalam bentuk yang berlainan daripada makna asal sesuatu perkataan atau frasa tetapi masih menepati maksud yang dikehendaki.

Modulasi dalam tejemahan kebiasaannya adalah bagi tujuan yang beikut iaitu :


Memastikan hasil terjemahan menepati konteks penggunaan ayat

Menjadikan teks terjemahan lebih menarik dan mudah difahami.





No comments:

Post a Comment