Friday, 20 May 2016

menterjemah frasa dan peribahasa

Assalamualaikum semua..! minggu lepas dalam kuliah kami belaja tentang bagaimana nak menterjemah frasa dan peribahasa. Secara ringkasnya, apa yang saya dapat dalam pembelajaran minggu lepas, sebelum nak terjemah kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan frasa dan peribahasa.
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupu satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa juga mempunyai jenis-jenis yang tertentu dan membawa maksud tertentu.iaitu :
1.       frasa idiomatik :   أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح  membawa maksud جَرَى وهَرَبَ  (lari/melarikan diri)
2.       taukid : ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته (dekan fakulti sastera sendiri menyampaikan ucapannya)
3.       Tarkib wasfi : جاء الرجل الفاضل أبوه   (Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang)
4.       Tarkib idafi: وعي المسلمين (kesedaran umat Islam)
5.        badal wal mubdal munhu : سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة (Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura. )
6.       ‘ataf wa ma’tuf alayh : فرّ العدوّ حتى القائد (Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya)

Apa yang dapat kita lihat daripada contoh di atas, frasa idiomatik membawa maksud yang baru yang sangat berbeza dengan makna perkataan bila kita terjemah satu persatu. Jadi frasa-frasa idiomatik tidak boleh diterjemah kata demi kata kerana ia setiap frasa ini seperti ayat yang berdiri sendiri dan biasanya tidak boleh diubah atau ditukar maknanya.

Manakala peribahasa ialah kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu. Dalam Bahasa Melayu, peribahasa tebahagi kepada 4 jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah. Manakala Peribahasa arab terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1.       al-Mathal al-mujaz iaitu perinahasa ringkas
2.       al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.
3.       al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

Untuk menterjemah peribahasa ini mempunyai beberapa teknik yang perlu diikuti.

1.       Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya, جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.
2.       Menggunakan teknik pinjam terjemah. Contoknya, ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
3.       Teknik memperjelas makna. Contohnya, Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
4.       Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figurative digantikan denganperbahasa atau ungkapan yang figurative). Contohnya, هديّة تذكارية diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
5.       Seterusnya, untuk menghindarkan kesalahan semasa menterjemah, bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber, orang yang pernah tinggal dan bergaul denagan masyarakat sumber dan gunakan kamus untuk menterjemah.




Dekat bawah ni saya ada senaraikan beberapa contoh peribahasa arab beserta dengan penerangannya sekali. Semoga bermanfaat..sekian.



Bermusafir itu Azab

السفر (as-safar) : pengembaraan
قطعة (qit'ah) : sepotong
من (min) : daripada
العذاب al-azab) : penyeksaan

PENERANGAN

Banyak dugaan ketiga belayar dan mengembara. Zaman dulu, mereka mengembara menunggang unta. Perjalanan sampai berbulan-bulan. Berjauhan daripada orang tersayang dan tanahair cukup menyeksakan. Ditambah lagi dengan layanan di negara orang dan banyak lagi kesusahan. Jadi, mengembara adalah sebahagian daripada azab yang menyeksakan.



Jadi Buah Mulut


سارت (sarat) : berjalan
به (bi-hi) : dengannya
الركبان (ar-rukban) : para penunggang

PENERANGAN

Biasanya, para musafir arab yang berjalan di padang pasir, akan berbual sesama mereka sambil merentasi perjalan yang jauh. Ini bagi menghilangkan bosan dan menghilangkan penat. Jika sesuatu perkara itu sering menjadi bahan bualan mereka, bermakna perkara tersebut akan tersebar dan terkenal. Kerana mereka juga akan membawa perkara itu ke tempat jauh yang mereka tuju. Jadi perkara yang menjadi 'buah mulut' seperti ini akan sebut:
سارت به الركبان



Indah Khabar Dari Rupa


تسمع (tasma') : awak dengar
ب (bi) : dengan / pasal
المعيدي (al-Muaidiy) : Al-Muaidiy
خير (khairun) : lebih baik
من (min) : daripada
أن (an) : bahawa
تراه (tara-hu): awak melihatnya

PENERANGAN

Al-Muaidiy adalah seorang terkenal. Namanya sebut oleh semua orang kerana kehebatannya. Tertarik dengan apa yang didengar tentang al-Muaidiy ini, seorang lelaki mengembara bagi menemui al-Muaidiy. Apabila bertemu dengan al-Muaidiy, baru dia tahu yang sebenarnya al-Muaidiy itu tidaklah sehebat apa yang didengar. Peribahasa ini sama dengan perbahasa Melayu : indah khabar dari rupa.


Tidak Kena Mengena


لا (la) : tiada
ناقة (naqata) : unta betina
ولا (wa-la) : dan tiada
جمل (jamal) : unta jantan

PENERANGAN
Unta bagi orang Arab adalah harta yang berfaedah. Di samping menjadi kenderaan padang pasir, ia juga boleh dimakan dagingnya dan dimunim susuya. Jadi, jika satu-satu urusan atau perkara itu tidak berkenaan dan tiada kepentingan bagi mereka, mereka kata لا ناقة لي فيها وجمل "tiada unta betina bagiku dalam perkara itu dan tidak juga unta jantan".


Sahabat Sejati


الصديق (ash-shodiq) : sahabat
وقت (waqta) : masa
الضيق
(adh-dhiq) : kesempitan

PENERANGAN

Waktu seseorang kesukaran, sahabat yang sejati akan memunculkan dirinya bagi membantu sahabatnya. Sahabat yang gagal memberi bantuan ketika itu tidak dianggap sahabat sejati.



 Anak Bapak

من (man) : siapa
أشبه (ashbaha) : menyerupaiأباه (aba-hu) : bapanya
فما (fa-ma) : maka tidak
ظلم (zolam) : dia zalim

PENERANGAN

Kalau anda menemui seorang budak suka memukul orang, dan anda tahu bapanya juga kaki pukul, jadi budak itu tidak zalim. Yang zalimnya adalah bapanya yang mewariskan perangai itu kepada anaknya. Orang Melayu kata, "anak borek, bapa rentik". Orang Arab kata, "anak berperangai bapanya tidak zalim, yang zalim ialah bapanya" !


Mungkin Dia ada Alasannya

لعل (la'alla) : mungkin
له (lahu) : dia ada
عذراً (uzran) : keuzuran / alasan
و (wa) : sedang
أنت (anta) : awak
تلوم (talumu) : mencelanya

PENERANGAN
Unggapan ini kerap diucapkan oleh orang Arab bagi memaafkan perbuatan seseorang. Ia adalah ungkapan yang berbentuk sangkaan baik. Contohnya, sahabat anda tidak melakukan sesuatu yang dia janji membuatnya. Untuk menyenangkan hati dan tidak menimbulkan perbalahan, anggaplah dia mungkin keuzuran seperti sakit atau sebagainya.

Sabar adalah kuncinya

الصبر (ash-shobru) : sabar
مفتاح (miftah) : anak kunci
الفرج (al-faraj) : pelepasan

PENERANGAN

الفرج (al-faraj) bermakna "terlepas daripada kepayahan". Mungkin anda terkeliru dengan perkataan 'faraj' yang ada dalam bahasa Melayu. Yang itu dalam bahasa Arab disebut الفرْج
(al-farj). Jadi, bila menghadapi kesempitan dan kesukaran, sabar adalah kunci untuk mencari pintu keluar daripadanya.

No comments:

Post a Comment